Penarikan Balik Vaksin Demam Denggi di Filipina

Di Filipina, atas alasan keselamatan, telah diputuskan untuk menarik balik vaksin demam denggi, yang telah diberikan kepada kira-kira 730,000 kanak-kanak.

Penarikan Balik Vaksin Demam Denggi di Filipina

Menurut berita pada Straits Times, Pentadbiran Makanan dan Ubat Filipina telah memerintahkan syarikat pengeluar Sanofi untuk membuang vaksin  "Dengvaxia" dari pasaran.

Pentadbiran itu meminta syarikat Perancis, Sanofi, untuk menangguhkan penjualan, pengedaran dan pemasaran Dengvaxia, dan menarik balik vaksin-vaksin tersebut.

Pada masa yang sama Sanofi diarahkan untuk menjalankan kempen maklumat kepada doktor dan pesakit mengenai masalah tersebut.

Pentadbiran Makanan dan Ubat Filipina telah memberi amaran kepada semua farmasi dan penyedia penjagaan kesihatan, sebarang laporan kes yang menunjukkan bahawa Dengvaxia telah mengakibatkan kematian atau penyakit.

Salah satu pengurus Sanofi, Ruby Dizon, pada sidang akhbar mengatakan bahawa di Filipina setakat ini tidak ada kematian pada mereka yang telah diberi vaksin, beliau juga berkata bahawa mereka mengikuti perkembangan terkait keadaan itu bersama Kementrian Kesihatan Filipina.

Harry Roque, jurucakap Jabatan Negara Filipina, meminta kerajaan agar tidak panik, dan menyatakan bahawa kerajaan telah menyiasat kes itu.

Demam denggi, yang disebabkan oleh nyamuk, menjejaskan lebih daripada 400 juta orang di dunia setiap tahun. Penyakit ini ditunjuk sebagai salah satu punca utama kematian kanak-kanak di beberapa negara Asia dan Latin Amerika.



Berita Terkait