Kematian akibat Minuman Alkohol Palsu di Indonesia

Jurucakap Polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, 31 orang terbunuh di Jakarta dan bandar-bandar jiran pada minggu lalu, ketika mereka didapati minum minuman palsu.

Kematian akibat Minuman Alkohol  Palsu di Indonesia

Di Indonesia, 51 orang telah kehilangan nyawa mereka pada minggu lalu akibat daripada minuman alkohol palsu.

Pengarah Hospital Negeri Cicalengka di Jawa Barat Yani Sumpera menjelaskan bahawa 20 orang yang dibawa kehospital dengan aduan sesak nafas, keracunan dan kehilangan kesedaran, telah kehilangan nyawa mereka.

Sumpera menyatakan bahawa mereka bimbang tentang bilangan orang yang dirawat di hospital dan jumlah yang matiakan bertambah.

Jurucakap Polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, 31 orang terbunuh di Jakarta dan bandar-bandar jiran pada minggu lalu, ketika mereka didapati minum minuman palsu.

Empat orang telah ditahan semasa operasi pasukan keselamatan di tempat penjualan minuman keras palsu.

Pada bulan Mac di wilayah Papua, 6 orang kehilangan nyawa kerana minuman keras palsu.



Berita Terkait