Myanmar Menghalang Masuknya Bantuan untuk Muslim Arakan

Tentera Myanmar menyatakan bahawa bantuan yang disampaikan kepada mereka yang tertinggal di rantau selepas serangan-serangan di Arakan, sangat terbatas disebabkan oleh sekatan ke atas lembaga non-kerajaan dan lembaga-lembaga amal.

Myanmar Menghalang Masuknya Bantuan untuk Muslim Arakan

Kerajaan Myanmar menghalang masuknya bantuan untuk Muslim Arakan yang masih tinggal di rantau itu selepas pembunuhan beramai-ramai.

Dalam satu kenyataan, Burma Human Rights Network (BHRN) berkata tentera Myanmar menyatakan bahawa bantuan yang disampaikan kepada mereka yang tertinggal di rantau selepas serangan-serangan di Arakan, sangat terbatas disebabkan oleh sekatan ke atas lembaga non-kerajaan dan lembaga-lembaga amal.

Kenyataan itu juga berkata,

''Hanya Palang Merah yang diberikan akses, sementara masih banyak lagi yang memerlukan bantuan makanan dan bantuan perubatan.''

Menyatakan bahawa dari Bangladesh tiada siapa yang akan kembali ke Myanmar secara sukarela, Direktur BHRN Kyaw Win berkata,

''Dalam keadaan yang seperti ini, bagaimana pengembalian akan mungkin secara selamat?''

Pada bulan November, kerajaan Bangladesh dan Myanmar telah menandatangani perjanjian mengenai pemulangan kembali Muslim Arakan yang berlindung di Bangladesh akibat penganiayaan yang mereka hadapi.

The World Food Program (WFP) pada bulan November melaporkan bahawa aktiviti-aktiviti bantuan makanan di Arakan telah ditangguhkan disebabkan oleh masalah keselamatan.

Menurut PBB, lebih daripada 700 ribu Muslim Arakan melarikan diri dari keganasan di Myanmar sejak 25 Ogos lalu dan berlindung di Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menambahkan tentera Myanmar ''yang memperkosa dan melakukan penderaan seksual ke atas para wanita dan kanak-kanak perempuan Arakan'' ke dalam ''senarai memalukan''.

Dengan imej satelit yang diterbitkan oleh organisasi hak asasi manusia antarabangsa, terbukti beratus-ratus kampung yang dimiliki umat Islam telah dibakar.

PBB dan organisasi hak asasi manusia menamakan keganasan terhadap Muslim Arakan sebagai ''pembersihan etnik'' atau ''pembunuhan beramai-ramai''.



Berita Terkait