Nelayan Indonesia Menyelamatkan 76 Orang Muslim Arakan yang Terkandas di Lautan

Pertubuhan hak asasi manusia PBB dan antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan "pembersihan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai".

Nelayan Indonesia Menyelamatkan 76 Orang Muslim Arakan yang Terkandas di Lautan

76 Muslim Arakan yang berada di dalam kapal yang terkandas di laut, diwilayah Aceh Indonesia, telah diselamatkan oleh para nelayan.

Ketua Polis Riza Yulianto berkata terdapat wanita dan kanak-kanak di atas kapal tersebut.

Pada awal bulan itu, sebuah bot yang membawa 56 orang Arakan, mengalami kerosakan di parairan Thailand, diperbaiki oleh pihak berkuasa Thailand dan mereka meneruskan perjalanan mereka.  

Perahu orang-orang Arakan yang diberhentikan diwilayah perairan Malaysia, dibawa ke pejabat imigresen untuk diproses.

Menurut Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah pelarian di Bangladesh, setelah melarikan diri dari Arakan selepas 25 Ogos, melebihi 700 ribu orang.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah membuktikan bahawa ratusan kampung telah dimusnahkan dengan imej satelit mereka.

Perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Myanmar dan Bangladesh untuk pemulangan orang-orang Arakan ke wilayah mereka tidak berkesan dalam amalan kerana tidak mungkin untuk mendokumenkan keadaan orang-orang yang dipindahkan.

Pertubuhan hak asasi manusia PBB dan antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan "pembersihan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai".



Berita Terkait