Projek Kereta Domestik Baru Malaysia

Mahathir memberitahukan bahawa mereka mungkin akan memerlukan sokongan luar negeri pada awal projek ini, namun kemudian kami boleh meneruskan proses pengeluaran sendiri.

Projek Kereta Domestik Baru Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad berkata bahawa mereka mahu membuka dunia dengan menghasilkan semula kereta buatan dalam negeri.

Bercakap pada Persidangan Nikkei Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia yang dianjurkan di Tokyo, Jepun, PM Mahathir berkata, ''Kami berhasrat untuk membuka dunia dengan menghasilkan kereta buatan dalam negeri kami yang baru." 

Mahathir yang menyatakan bahawa kereta buatan dalam negeri pertama Malaysia, Proton, telah dijual kepada sebuah syarikat China semasa periode bekas PM Najib Razak, berkata bahawa kereta itu sudah tidak lagi dianggap buatan dalam negeri.

Menegaskan bahawa kereta buatan dalam negeri mestilah terutamanya untuk rakyat Malaysia, Mahathir berkata:

''Pada permulaan pengeluaran kereta berjenama Proton kami, kami menerima sokongan pelaburan dari Mitsubishi Jepun dan kami telah mencapai tahap di mana kami dapat meneruskan projek dengan cara kami sendiri, tetapi jenama ini tidak lagi menjadi kereta domestik kerana telah dijual kepada syarikat China. Kami berhasrat melancarkan projek kereta domestik baru. Kami mempunyai potensi untuk menghasilkan kereta dengan harga yang kompetitif di pasaran antarabangsa. Kami mahu berada di pasaran dunia dengan kereta domestik kami." 

Mahathir memberitahukan bahawa mereka mungkin akan memerlukan sokongan luar negeri pada awal projek ini, namun kemudian kami boleh meneruskan proses pengeluaran sendiri.



Berita Terkait