Ukraine: ''17 Julai, Penembakan Pesawat Malaysia MH17 akan Selalu Diingat Sebagai Hari Tragis''

Di timur Ukraine empat tahun lalu, pesawat milik Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh.

Ukraine: ''17 Julai, Penembakan Pesawat Malaysia MH17 akan Selalu Diingat Sebagai Hari Tragis''

Ukraine melaporkan bahawa membawa mereka yang bertanggungjawab atas penembakan pesawat Malaysia di Donbas di timur negara ini pada tahun 2014 ke pengadilan, adalah sebuah kehormatan dan tugas bersama.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Kementerian Luar Negeri, mengingatkan bahawa di timur Ukraine empat tahun lalu, pesawat milik Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh.

Kenyataan itu menyatakan bahawa 17 Julai yang merupakan hari berlakunya serangan pengganas yang telah menewaskan 298 orang, akan lekat di ingatan sebagai sebuah hari yang tragis.

‘’Membawa mereka yang bertanggungjawab atas penembakan pesawat Malaysia di Donbas di timur negara ini pada tahun 2014 ke pengadilan, adalah sebuah kehormatan dan tugas bersama kami,’’ ungkap kenyataan tersebut.

Menyatakan bahawa selama empat tahun Pasukan Penyiasat Antarabangsa (JIT) telah bekerja keras dalam mencari pesalah dan hukumannya, kenyataan itu juga mengenang bahawa pesawat itu didapati telah diserang oleh peluru berpandu yang dilepaskan dari sistem anti-pesawat BUK yang datang dari Kesatuan Brigade ke-53 di bandar Kursk, Rusia.

Kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa pada masa yang sama tindakan ini juga bermakna melanggar undang-undang antarabangsa, dan menyatakan bahawa dalam hal ini Ukraine menuduh Rusia dan telah memohon kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

‘’Dalam isu penting ini, Ukraine akan terus menawarkan segala bantuan yang mungkin, dan kami akan terus bekerjasama untuk memberikan keadilan kepada rakan kongsi kami," tambah kenyataan itu.



Berita Terkait