Gempa Bumi, 5,3 Magnitud Guncang Indonesia dan 5 Magnitud Guncang Filipina

Dalam gempa bumi tersebut, sehingga kini tiada maklumat mengenai kerosakan, kehilangan nyawa atau kecederaan, juga tiada penggera tsunami diberikan.

Gempa Bumi, 5,3 Magnitud Guncang Indonesia dan 5 Magnitud Guncang Filipina

Di provinsi Aceh, yang terletak di Pulau Sumatra, Indonesia, berlaku gempa bumi 5,3 magnitud.

Badan Meteorologi, Iklim dan Geofisika Indonesia (BMKG), mengumumkan bahawa gempa bumi yang berpusat di 30 kilometer timur laut dari Aceh Barat, berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Dalam gempa bumi tersebut, sehingga kini tiada maklumat mengenai kerosakan, kehilangan nyawa atau kecederaan, juga tiada penggera tsunami diberikan.

Sementara itu bilangan kematian akibat gempa bumi 7,5 magnitud dan tsunami yang berlaku di Pulau Sulawesi pada 28 September, telah meningkat kepada 2 ribu 91.

Di Indonesia yang terletak dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi yang disebut ‘’Lingkaran Api Pasifik’’, pada 26 Disember 2004 dilanda gempa bumi 9,1 magnitud yang disertai oleh tsunami, 230.000 orang kehilangan nyawa pada masa itu.

Di sisi lain, gempa bumi 5 magnitud juga melanda Filipina.

Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengumumkan bahawa gempa bumi 5 magnitud yang berlaku di Filipina, berpusat di 3 kilometer di utara Lope de Vega.

Tidak ada maklumat mengenai kehilangan nyawa dan kerugian harta benda dalam gempa bumi tersebut.

Di Filipina yang terletak dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi yang disebut ‘’Lingkaran Api Pasifik’’, gempa bumi 7,2 magnitud yang berlaku pada 15 Oktober 2013, telah menewaskan 144 orang.



Berita Terkait