Pesawat Jet Peribadi Pengangkut Emas Jatuh di Zimbabwe

Harian rasmi tempatan, Chronicle, melaporkan bahawa satu pesawat jet peribadi yang dipercayai membawa 22 kilogram emas dengan nilai satu juta dolar AS, pada hari Selasa jatuh di bahagian barat-laut Zimbabwe.

Pesawat Jet Peribadi Pengangkut Emas Jatuh di Zimbabwe

Dua orang yang berada dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat tanpa cedera.

Dikabarkan bahawa jet peribadi tersebut melakukan penerbangan menuju Harare selepas lepas landas dari Lapangan Terbang Antarabangsa terbesar kedua di Zimbabwe, Joshua Nkomo, di Bandar Bulawayo.

Pejabat berkuasa mengatakan,

''Satu jet peribadi milik Central Air Traffic Services jatuh petang hari. Kami tidak mempunyai banyak butiran mengenai peristiwa tersebut, tapi kami telah menghantar satu pasukan ke lokasi untuk melakukan siasatan" katanya.

Saksi mata berkata bahawa jet tersebut diduga membawa emas dari satu lombong di bahagian barat-daya Zimbabwe ke Harare.



Berita Terkait