Tiga Serangan Udara di Pasar di Aleppo

Serangan udara yang dilancarkan ke atas pasar di Atarib sebelah barat Aleppo-Syria, mengakibatkan 57 orang maut.

Tiga Serangan Udara di Pasar di Aleppo

Menurut maklumat daripada sumber-sumber tempatan di Aleppo, dilancarkan tiga kali serangan udara di pasar di Atarib.

Khaled al-Khatib, penanggungjawab komunikasi pertahanan awam menyatakan bahawa pada serangan di pasar yang terletak di kawasan 'zon pengurangan ketegangan Idlib', sedikitnya 53 orang kehilangan nyawa dan lebih daripada 60 orang cedera.

''Kami telah menghantar lebih daripada 60 orang ke hospital, kami bimbang mengenai peningkatan jumlah kematian.'' kata Khatib.

Sementara itu, jurucakap Kementrian Pertahanan Amerika Syarikat (AS) (PENTAGON), Eric Pahon berkata,

''Kami tidak tahu siapa yang melakukan serangan tersebut. Kami tidak memiliki maklumat mengenai isu ini. Oleh itu, kita tidak akan menunjuk Rusia atau rejim." katanya.



Berita Terkait