Penerbangan antara Filipina - New Zealand

Penerbangan antara Manila, ibukota Filipina, dan bandar Auchland di New Zealand, akan mengambil masa sehingga 10 jam.

Penerbangan antara Filipina - New Zealand

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern yang berada di Filipina untuk menghadiri sidang Kemuncak Pemimpin Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), telah menandatangani perjanjian laluan baru yang memperbolehkan penerbangan antara Manila dan Auchland. 

Pada masa ini, penerbangan transit melalui bandar Cairns di Australia, mengambil masa 12 jam. Penerbangan langsung akan mengurangkan waktu sehingga 10 jam.

Perdana Menteri Ardern dalam satu kenyataan kepada wartawan, yang menyatakan bahawa penerbangan langsung akan menyumbang 13.6 juta dolar New Zealand, dengan mengatakan, 

"Penerbangan langsung akan mengukuhkan lagi hubungan komersial kami."

Ardern, menegaskan bahawa dengan 40 pelajar Filipina yang didapati belajar di New Zealand, dengan aliran penumpang antara Filipina adalah 52 ribu dan ini akan lebih meningkat dengan penerbangan langsung.

Penerbangan langsung dijadualkan bermula pada 6 Disember 2017, tiga hari seminggu.



Berita Terkait