Rusia: ''Syria telah Dibersihkan Sepenuhnya dari Daesh''

Ketua Staf Rusia, Valery Gerasimov, mengemukakan bahawa Syria telah dibersihkan sepenuhnya dari Daesh.

Rusia: ''Syria telah Dibersihkan Sepenuhnya dari Daesh''

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Moscow, Gerasimov berkata tidak ada lagi wilayah di Syria yang dikendalikan oleh Daesh.

Menjelaskan bahawa operasi terakhir yang dijalankan oleh tentera Syria berjaya, Gerasimov berkata,

''Dengan demikian, mulai hari ini (semalam), Syria telah dibersihkan sepenuhnya dari Daesh dan semua unit di Daesh di Syria telah dimusnahkan" katanya.

Gerasimov menyatakan bahawa mereka bersedia memberi sokongan kepada AS dalam operasi menghadapi Daesh di Iraq.

Dalam sebuah kenyataan yang dibuat semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin, berkata bahawa operasi-operasi yang dilancarkan di timur dan barat Sungai Euphrates telah berjaya,

''Sekarang Rusia perlu memberi tumpuan kepada Kongres Dialog Kebangsaan Syria, di mana terdapat persetujuan antara Rusia, Turki dan Iran di Sochi." ujarnya.
 



Berita Terkait