Putin: ''Kali ini Pemimpin Korea Utara Menang''

Dalam temuramah para eksekutif akhbar dan agensi berita Rusia, Putin menjawab soalan mengenai keadaan di Semenanjung Korea

Putin: ''Kali ini Pemimpin Korea Utara Menang''

Mengenai krisis semasa di Semenanjung Korea, Presiden Rusia, Vladimir Putin, berkata bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un memenangi "pusingan ini".

Dalam temuramah para eksekutif akhbar dan agensi berita Rusia, Putin menjawab soalan mengenai keadaan di Semenanjung Korea,

''Sudah tentu Encik Kim Jong-un memenangi pusingan ini, dia menyelesaikan masalah strategiknya sendiri, dia mempunyai nuklear, memiliki peluru berpandu yang boleh mencapai hingga 13,000 kilometer, dan boleh mencapai hampir di mana saja di seluruh dunia, setidaknya boleh mencapai wilayah musuh'' katanya.

''Dia adalah seorang ahli politik yang pintar dan matang'' tambah Putin.
 



Berita Terkait