Mereka Melarikan diri dari Afrin, Berlindung di Turki

Mereka yang datang ke Reyhanlı berkata mereka mendapat tekanan oleh sebab mereka tidak menerima untuk melawan Turki.

Mereka Melarikan diri dari Afrin, Berlindung di Turki

60 orang yang tinggal di rantau Cinderes di wilayah Afrin di Syria, yang melarika diri dari penindasan dan penganiayaan pertubuhan pengganas PYD/PKK-YPG, berlindung di daerah Reyhanlı Hatay.

8 keluarga yang memilih untuk berlindung di Turki kerana tekanan  pengganas, telah sampai ke Reyhanlı selepas perjalanan yang panjang dari Cinderes. Keluarga-keluarga mula berlindung di khemah-khemah yang ditubuhkan di kampung sempadan, tetapi mereka tidak dapat melupakan hari-hari yang penuh ketakutan. 

Mereka yang datang ke Reyhanlı berkata mereka mendapat tekanan oleh sebab mereka tidak menerima untuk melawan Turki.

Para pencari suaka yang menyatakan sejak Operation Olive Branch bermula hingga setakat ini, mereka yang mendapat tekanan oleh pengganas PKK/PYD-YPG, mengatakan ''Pertubuhan pengganas PYD/PKK-YPG mahu kami melawan Turki, kami menentang dan meninggalkan kawasan itu. Hampir setiap hari mereka datang ke rumah dan tempat kerja kami dan menekan kami. Kami datang ke sini bukan untuk memerangi Turki yang membuka tangannya untuk kami rakannya''kata mereka.

Warga sekitar juga memberi bantuan untuk keluarga-keluarga asal Cinderes.



Berita Terkait