PBB Menggesa untuk Mengakhiri Konflik

Pejabat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan PBB membuat sebuah kenyataan menegaskan bahawa serangan-serangan ke atas orang-orang awam meningkat.

PBB Menggesa untuk Mengakhiri Konflik

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik perhatian ke atas sebuah tragedi yang sangat mencolok.

Tahun lepas, akibat perang dan pertempuran, kira-kira 43 ribu orang kehilangan nyawa dan setiap 3 daripada 4 mangsa adalah orang awam.

Pejabat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan PBB membuat sebuah kenyataan menegaskan bahawa serangan-serangan ke atas orang-orang awam meningkat.

Pada tahun 2017, di kawasan-kawasan konflik, 43 ribu orang tewas. 31 ribu 904 daripadanya adalah orang-orang awam. 139 orang pekerja bantuan kemanusiaan tewas, 102 orang cedera dan 72 lainnya diculik.

PBB telah menyerukan untuk mengakhiri kekejaman, membunuh atau melumpuhkan pekerja kemanusiaan di kawasan konflik.

Dalam kenyataan tersebut juga diingatkan bahawa kumpulan bersenjata kerajaan dan non kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang awam, infrastruktur awam dan pekerja bantuan kemanusiaan.

 


Tags: awam , perang , konflik , PBB

Berita Terkait