Isteri Ketua Interpol, 'Saya dalam Bahaya'

Grace Meng mengatakan ia beserta dua anaknya merasa  bimbang dengan keadaan ini.

Isteri Ketua Interpol, 'Saya dalam Bahaya'

Grace Meng, isteri bekas ketua Perkhidmatan Polis Antarabangsa (Interpol) Meng Hongwei, yang dilaporkan ditahan berhubung dengan siasatan rasuah di China, berkata hidupnya dalam bahaya.

Grace Meng yang berada di pusat Interpol yang terdapat di bandar Lyon di Perancis, dalam satu kenyataan kepada penyiar Amerika Syarikat (AS) CNN, mengatakan bahawa berikutan suaminya hilang, 2 orang mengikutinya dan ia  mendapat panggilan telefon yang mengancam.

Grace Meng mengatakan ia beserta dua anaknya merasa  bimbang dengan keadaan ini.

Jurucakap Hal Ehwal Luar China, Lu Kang mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui laporan bahawa isteri dari Meng Hongwei berada dalam bahaya.

Interpol mengatakan dalam sebuah pernyataan pada 5 Oktober bahwa Meng, yang melakukan tugas penting di Partai Komunis China sebelum dia terpilih sebagai Ketua Interpol, telah meninggalkan Prancis pada 29 September untuk mengunjungi negaranya dan bahwa dia tidak mendengar kabar darinya sejak itu.

Sedangkan pada 7 Oktober, Meng mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan dari Ketua Interpol.



Berita Terkait