Jepun Sambut Baik Pencalonan Malpass Sebagai Presiden Bank Dunia

Jepun mengumumkan bahawa mereka menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mencalonkan Setiausaha Kementrian Perbendaharaan, David Malpass, sebagai Presiden Bank Dunia.

Jepun Sambut Baik Pencalonan Malpass Sebagai Presiden Bank Dunia

 

Jepun mengumumkan bahawa mereka menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mencalonkan Setiausaha Kementrian Perbendaharaan, David Malpass, sebagai Presiden Bank Dunia.

Menurut agensi berita Jepun, Kyodo, selepas pertemuannya di Tokyo dengan Malpass, yang dicalonkan sebagai Presiden Bank Dunia oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso, menyatakan bahawa negaranya menganggap Mallpass sebagai ''calon yang kuat''.

Aso menegaskan bahawa Jepun yang merupakan penderma kedua terbesar Bank Dunia, mengenai pembangunan bank itu, menyarankan bahawa bank dunia perlu mengalihkan keutamaannya ke negara-negara membangun yang lebih memerlukan pinjaman, daripada negara-negara yang berkembang pesat seperti China dan India.

Aso yang enggan memberikan sokongan secara terbuka kepada Malpass, menggariskan bahawa bank itu akan menerima pencalonan sehingga 14 Mac, "Kita perlu melihat siapa sahaja yang akan muncul.'' Katanya.

Malpass, yang berkhidmat sebagai ketua sekretaris untuk hubungan antarabangsa di Kementrian Perbendaharaan AS, dikenali sebagai nama yang menganjurkan penggunaan sikap tidak kompromi terhadap China, dalam perang perdagangan antara AS dengan China, yang bermula dengan saling meningkatkan duti kastam.

Bank Dunia yang berfokus pada kredit pembangunan dan merupakan rakan kongsi 189 negara, secara umumnya dipengerusikan oleh birokrat ekonomi dan politikus Amerika.

Sedangkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang memberi tumpuan kepada kewangan awam dan kestabilan makroekonomi, biasanya diketuai oleh nama-nama dari Eropah.

 

 

 



Berita Terkait