Pengeluaran Minyak OPEC Meningkat pada Bulan Julai

Negara yang meningkatkan pengeluaran minyak mentah yang paling banyak di OPEC bulan lepas adalah Kuwait.

Pengeluaran Minyak OPEC Meningkat pada Bulan Julai

Pengeluaran minyak mentah perhari Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC), pada bulan Julai naik 41 ribu barel kepada 32 juta 320 ribu barel berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Laporan Pasaran Minyak OPEC, pada bulan Julai bekalan minyak global meningkat sebanyak 680 ribu barel sehari berbanding bulan sebelumnya dan mencapai 98 juta 530 ribu barel.

Pada bulan Julai, pengeluaran minyak di negara non OPEC meningkat sebanyak 640 ribu barel sehari kepada 66 juta 200 ribu barel.

Pengeluaran minyak mentah OPEC berjumlah 32 juta 320 ribu barel sehari, meningkat 41 ribu barel perhari berbanding bulan sebelumnya.

Bahagian OPEC terhadap bekalan minyak global merosot kepada 32.8 peratus daripada 33 peratus pada bulan sebelumnya.

Negara yang meningkatkan pengeluaran minyak mentah yang paling banyak di OPEC bulan lepas adalah Kuwait.

Pengeluaran harian di negara ini meningkat sebanyak 78 ribu 500 barel kepada 2 juta 791 ribu barel.

Sedangkan penurunan terbesar OPEC dalam pengeluaran minyak harian pada bulan Julai adalah di Libya, Arab Saudi dan Iran.

Pengeluaran harian di Libya menurun sebanyak 56 ribu 700 barel kepada 664 ribu barel.

Pada bulan Julai, pengeluaran minyak Iran menurun sebanyak 56 ribu 300 barel sehari kepada 3 juta 737 ribu barel, di Arab Saudi menurun sebanyak 52 ribu 800 barel sehari kepada 10 juta 387 ribu barel.

Menurut anggaran OPEC, permintaan minyak global akan mencapai 100 juta 260 ribu barel sehari pada tahun depan dengan peningkatan 1 juta 430 ribu barel.

Sebaliknya, negara-negara OPEC dijangka mempunyai permintaan 32 juta barel minyak mentah pada 2019.

Sementara itu, bilangan menara penggerudian minyak yang beroperasi pada bulan Julai di seluruh dunia telah diumumkan, iaitu 2 ribu 233.

555 daripada menara ini dibina di negara-negara anggota OPEC.



Berita Terkait