Pakistan Jemput Turki untuk Menyertai CPEC

CPEC, yang telah direalisasikan dengan perjanjian antara China dan Pakistan pada tahun 2014, bermula di wilayah Sincan, China dan berakhir di pelabuhan Gwadar di Pakistan.

Pakistan Jemput Turki untuk Menyertai CPEC

Ketua Majlis Nasional Pakistan, Asad Qaiser, mahu Turki menyertai projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

Qaiser yang menerima Duta Besar Turki ke Islamabad di parlimen, membuat kenyataan kepada radio kerajaan Pakistan.

"Pakistan mementingkan hubungannya dengan Turki dan kerajaan baru, mahu mengukuhkan lagi hubungan ini." katanya.

Qaiser yang menjemput Turki untuk menyertai projek kira-kira 75 bilion dolar, yang pada bulan lepas juga disertai Arab Saudi, ia berkata;

"CPEC, akan berguna bagi dua negara saudara, Turki dan Pakistan, dari segi ekonomi. Kesertaan Turki akan memberi manfaat bagi semua negara-negara di rantau ini."

Yurdakul juga menyatakan bahawa Turki mementingkan hubungan-hubungannya dengan Pakistan, ia berjanji untuk melakukan apa yang diperlukan untuk perkembangan hubungan.

Yurdakul menjemput Qaiser ke mesyuarat Kesatuan Parlimen untuk Jerusalem yang akan diadakan pada 14 Disember di Istanbul.

CPEC, yang telah direalisasikan dengan perjanjian antara China dan Pakistan pada tahun 2014, bermula di wilayah Sincan, China dan berakhir di pelabuhan Gwadar di Pakistan.

CPEC, yang merangkumi projek-projek besar seperti jalan raya, kereta api, saluran paip minyak dan gas, penapisan minyak dan pelabuhan, akan menyediakan pengangkutan dekat dan murah ke China, Afrika dan Timur Tengah.

CPEC akan menjadikan Pakistan sebagai negara di mana barangan Cina disalurkan kepada dunia, dan juga akan mewujudkan kawasan perniagaan baru di negara ini.

Mengambil bahagian dalam projek itu pada bulan-bulan terakhir, Arab Saudi memutuskan untuk menubuhkan penapisan minyak kedua terbesar negaranya di Pakistan. Dengan cara ini, minyak Arab Saudi akan dihantar ke China melalui Pakistan dalam masa yang lebih singkat.



Berita Terkait