Legenda Anatolia 46 (Afyonkarahisar)

Dalam program legenda Anatolia kami kali ini, kami akan cuba menyampaikan kepada anda mengenai legenda wilayah Afyonkarahisar.

Legenda Anatolia 46 (Afyonkarahisar)

Pada masa pemerintahan Selcuk di Anatolia, 3 orang anak perempuan Sultan Alaeddin Keykubat bin Feramuz yang mati dibunuh oleh orang-orang Mongolia, yang ingin menyelamatkan nyawa mereka pergi ke arah Barat dengan membawa sedikit harta mereka. Setalah sampai di Karahisar yang sekarang dikenal dengan Afyon, mereka sangat menyukai dan berfikir mereka akan selamat dirantau ini. Nama ketiga saudara perempuan itu ialah Sultan Peyker, Naime Gevher dan Asiye. Mereka beserta orang yang mereka percayai dan memberikan keselamatan kepada mereka, yang dipanggil Ömer, menetap di Afyon. Sultan-sultan yang sangat suka membantu masyarakat, sangat sedih melihat masyarakat yang senantiasa sakit kerana meminum air yang mengalir secara terbuka. Menurut mereka, bandar ini sangat memerlukan air minum yang sihat. Mereka segera melakukan pencarian air bersih dan sihat di seluruh bandar dan mereka mendapatinya di lereng gunung 25 km jauhnya.Terdapat banyak air di tempat ini yang dipanggil Şirin Pınar. Mereka membuat keputusan, "Peluang ini sangat berguna untuk kesihatan rakyat, mari kita lakukan pekerjaan kita untuk air ini, agar semua masyarakat berdoa untuk kita''. Tetapi sumber air ini adalah milik seorang Armenia. Mereka memutuskan untuk membeli air ini untuk bandar. Mereka mula berunding dengan pemilik air. Tetapi dia tidak mahu menjual air tersebut. Sentiasa ditemui dalam tuntutan yang sangat mustahil, dan kerja itu berterusan. Wanita sultan yang terbesar dan paling pintar, Sultan Peyker, mengatakan kepada pemilik air, '' Kami tidak akan bersetuju dengan anda, sebaiknya dengan sepundi emas anda memberikan kami sekendi air''katanya. Orang Armenia merasa kagum, dia akan mendapatkan harta karun dengan sekendi air tanpa menjual semua air. Matanya bersinar dengan sukacita dan menerima tawaran itu. Sepundi emas dihantar. Satu lagi kendi dibawa ke dalam air. Diletakkan ke arah sumber dan air mula mengisi. Wanita Sultan memecahkan bahagian bawah kendi dengan menendangnya, air mula mengalir menuruni cerun ke arah Afyon. Sangat mustahil memenuhi kendi yang bawahnya telah berlubang.

Menurut perjanjian, air itu akan menjadi hadiah kepada Afyon selama-lamanya. Pemilik air memahami bahawa ia telah ditipu, tetapi telah terlambat. Ia tidak boleh berbalik dari perkataan yang diberikan kepada Sultan dan rakyatnya. Sebenarnya ia juga mahu Afyon mempunyai air. Wanita sultan menjalankan pekerjaan pembinaan selama dua tahun, ia membekalkan air ke bandar dengan cara tertutup. Malah pada hari ini, minuman air berkualiti tinggi dihargai sebagai hadiah. Mayarakat Afyon menyebut Sultan-Sultan tersebut sebagai Kadınanalar (Air ibu wanita), dan air itu juga panggil Kadinanalar Suyu ( Air Ibu Wanita). Apabila tiba masanya, makam kaum sultan wanita yang meninggal dunia di Afyon dikunjungi oleh orang awam dan diingati dengan hormat.



Berita Terkait