Resipi Masakan Turki (Pencuci Mulut Pumpkin)

Di Turki, pumpkin paling banyak disukai dan dibuat sebagai pencuci mulut iaitu ‘’Kabak Tatlısı’’.

Resipi Masakan Turki (Pencuci Mulut Pumpkin)

 

Dalam program kita kali ini kita akan membahas buah yang berasal dari Amerika dan masuk ke dapur Turki pada abad ke-17. Dalam kisah dongeng Cinderella, buah ini berubah menjadi kereta berkuda, ia menjadi simbol Halloween yang dirayakan di berbagai negara. Berbentuk bulat dan berwarna oren. Anda sudah pasti tahu bukan? Kami bercakap tentang pumpkin. Walaupun buah ini masuk ke Turki sangat telat, ia telah menyesuaikan diri dengan keadaan iklim di Anatolia. Walaupun perdebatan mengenai sama ada pumpkin adalah buah atau sayuran masih berlaku; ada sesuatu yang pasti… ia adalah bahawa pumpkin sangat disukai di Turki… Pumpkin dimasak menjadi pelbagai makanan mulai dari masakan berdaging sehingga sup, dari patty sehingga pencuci mulut. Tetapi di Turki, pumpkin paling banyak disukai dan dibuat sebagai pencuci mulut iaitu ‘’Kabak Tatlısı’’. Dalam program Resipi Masakan Turki, kami akan berkongsi resipi Kabak Tatlısı yang mudah dibuat namun mempunyai kelezatan luar biasa.

Kami tidak memerlukan banyak bahan untuk memasak pencuci mulut pumpkin. Kami mempunyai dua bahan asas; pumpkin dan gula. Sedangkan ukurannya adalah seperti berikut;

1 kg. dikupas dan potong setebal dua jari

- 500 gr. gula

-1 cawan besar walnut yang dicincang

-Krim susu atau krim

-3-4 keping cengkih

 

Sekarang kita sampai pada cara pembuatan pencuci mulut ini;

Basuh labu, yang telah dipotong-potong, dengan air yang banyak. Masukkan pumpkin yang telah dibasuh ke dalam periuk besar dan letakkan gula hingga menutupi pumpkin. Sekiranya periuk sempit, tata pumpkin menjadi 1 barisan dan 1 lapisan gula. Taburkan cengkih di atasnya. Tutup kuali, biarkan labu sekurang-kurangnya 4  jam sehingga mengeluarkan air dan gula mencair, jika memungkinkan, diamkan semalaman pada suhu bilik. Masak keesokan harinya selama kira-kira 50-55 minit sehingga labu benar-benar lembut. Apabila pencuci mulut anda telah sejuk, tata diatas pinggan. Letakkan krim di atasnya. Hidangkan dengan walnut.

Selamat menikmati!

Dalam program Resipi Masakan Turki, kami telah memberikan resipi "pencuci mulut pumpkin'' atau ''balkabağı tatlısı''. Sampai jumpa lagi pada program berikutnya dengan kelezatan Turki yang berbeza.

 

 



Berita Terkait