Artikel Çavuşoğlu pada Washington Post

Hubungan antara Turki dengan Amerika Syarikat (AS) memasuki era baru.

Artikel Çavuşoğlu pada Washington Post

Donald Trump yang akan mengambil alih jawatan kepresidenan AS dari Barack Obama pada 20 Januari, memberi mesej yang hangat untuk peningkatan hubungan dengan Turki.

Donald Trump menegaskan bahawa beliau akan cuba untuk mewujudkan hubungan baik dengan Turki.

Menteri Luar Negeri Turki, Mevlüt Çavuşoğlu juga menunjukkan harapan Turki dari Amerika Syarikat melalui artikel yang ditulisnya untuk akhbar Washington Post.

Dalam artikel itu, Çavuşoğlu menyatakan rasa kecewa Turki atas dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat setakat ini, beliau menegaskan bahawa pada era baru, yang pertama harus dilakukan adalah memulihkan perpaduan dan saling mempercayai antara kedua-dua negara.

Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa dalam memerangi keganasan tiada negara yang berupaya keras seperti Turki, terutamanya dalam memerangi pertubuhan pengganas Daesh hanya Turki yang berperang.

Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa hubungan antara Turki dengan Amerika ada ketegangan yang serius, hal ini disebabkan oleh beberapa penerapan yang dilakukan oleh pentadbiran White House.

Menteri Luar Negeri Mevlüt Çavuşoğlu menekankan bahawa AS bukannya menyelesaikan masalah penderitaan yang berlaku di Syria, melainkan memilih untuk bekerjasama dengan pertubuhan pengganas PYD yang merupakan saudara kembar PKK di rantau itu.

Çavuşoğlu juga menggarisbahawahi bahawa tidak seharusnya sebuah negara sekutu menjadi tuan rumah bagi pimpinan Pertubuhan Pengganas Fethullahist (FETÖ/PDY) yang bertanggungjawab atas percubaan rampasan kuasa 15 Julai di Turki.

Mevlüt Çavuşoğlu juga menyatakan bahawa walaupun semua dokumen dan maklumat mengenai pemimpin FETÖ dan pengganas lainnya telah dihantar, namun mereka masih meneruskan akitiviti-aktivitinya di AS.
 



Berita Terkait