İbrahim Kalın Merespon Twitter CENTCOM

Jurucakap Kepresidenan Turki, İbrahim Kalın, mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) perlu berhenti mengesahkan organisasi pengganas.

İbrahim Kalın Merespon Twitter CENTCOM

Pada akaun Twitter, İbrahim Kalın membuat kenyataan yang merespon tulisan Pasukan Komando Sentral AS, The United States Central Command (CENTCOM) pada Twitter yang menyatakan bahawa mereka tidak memiliki hubungan dengan organisasi pengganas PYD/YPG atau PKK.

Kalın yang menekankan bahawa kongsian CENTCOM bukannya menghentikan organisasi pengganas melainkan malah mengesahkannya, beliau berkata:

''Apakah ini jenaka ataukah CENTCOM telah kehilangan logika? Adakah anda benar-benar berfikir hal ini akan di percaya oleh sesiapa? AS harus menghentikan pengesahan terhadap organisasi-organisasi pengganas'' ujarnya.

CENTCOM, kemarin di akaun Twitter berkongsi mesaj ''Kami tidak mempunyai hubungan dengan PKK".

Kongsian CENTCOM yang menggunakan screenshot kenyataan daripada Angkatan Demokratik Syria (SDG), juga menuliskan ''SDG telah mengesahkan bahawa tidak memiliki ikatan atau hubungan dengan PKK'', kenyataan ini berarti mereka telah menjadi jurucakap PYD.

Pada sidang akhbar kemarin, Jurucakap Kementrian Luar AS, Toner juga berhujah bahawa organisasi pengganas PYD harus menjadi bahagian untuk penyelesaian politik di Syria yang berjangka panjang.
 



Berita Terkait