Temubual Çavuşoğlu dan Tillerson di Telefon

Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu, melakukan percakapan di telefon dengan Menteri Luar AS Rex Tillerson.

Temubual Çavuşoğlu dan Tillerson di Telefon

Menurut maklumat daripada sumber-sumber diplomatik, Çavuşoğlu, membuat perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Amerika Tillerson.

Kedua-dua menteri menilai isu penangguhan prosedur visa bersama antara Turki dan Amerika Syarikat.

Dalam skop penyiasatan yang dijalankan ke atas organisasi pengganas bersenjata FETO, Metin Topuz, pegawai Konsul Jeneral AS di Istanbul, atas gugatan mengenai dirinya telah terbukti mempunyai hubungan dengan beberapa bekas pegawai keselamatan dan kehakiman, dan Topuz telah di tangkap oleh Biro Keganasan Pejabat Pendakwa Raya Istanbul dan Biro Penyiasatan Jenayah Terancang atas jenayah ''Cuba untuk memansuhkan skim perlembagaan'', ''pengintaian'' dan ''Cuba untuk menghapuskan Kerajaan Republik Turki''. 

Kemudian Jabatan Negara Amerika Syarikat bertindak balas terhadap isu tersebut. Kementerian Luar negeri Turki juga, mengenai Topuz telah melakukan penjelasan bahawa ''Orang yang ditangkap dan ditahan pada 25 September 2017, atas jenayah berkaitan dengan keganasan, serta tidak berada dalam senarai rasmi konsulat AS, juga tidak memiliki kekebalan diplomatik dan konsular''. 

Berikutan perkembangan ini, mengenai pengumuman bahawa AS telah menggantung perkhidmatan visa bukan imigran dalam semua misi diplomatik AS di Turki, Kedutaan Turki di Washington juga membuat penjelasan bahawa "proses visa bagi warga Amerika Syarikat dalam semua misi kami di Amerika Syarikat telah digantung".



Berita Terkait