Çavuşoğlu, 'Tidak Perlu Menjemput mana-mana Kumpulan Pengganas pada Kongres Syria'

Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu berkata bahawa tidak perlu menjemput mana-mana kumpulan pengganas pada Kongres Syria.

Çavuşoğlu, 'Tidak Perlu Menjemput mana-mana Kumpulan Pengganas pada Kongres Syria'

Çavuşoğlu dalam kenyataan kepada wartawan di bandar Sochi Rusia, menyatakan bahawa Rusia dalam petemuan di ibunegara Kazakhstan, Astana, didapati membuat satu tawaran mengenai kongres yang akan diadakan mengenai penyelesaian politik di Syria.

Çavuşoğlu yang menjelaskan bahawa antara Turki, Iran dan Rusia sedang menilai isu ini, beliau berkata, 

"Kami pada dasarnya tidak mempunyai bantahan terhadap kongres yang akan diadakan di Syria, tetapi kualiti kongres ini adalah penting. Tidak perlu menjemput mana-mana kumpulan pengganas kepada Kongres ini." katanya.

Mengulas bahawa PKK / PYD adalah organisasi pengganas, Cavusoglu meneruskan kata-katanya seperti berikut:

"Kita telah melihat pada operasi di Rakka bahawa tidak ada perbezaan antara PYD,YPG dan PKK. Mereka berpose dengan poster Öcalan (Pemimpin PKK). Pertubuhan pengganas dalam pembangkang sebenar di Syria tidak perlu mengambil tempat.  PKK / PYD tidak mewakili keseluruhan Kurdi, hanya memiliki ideologi sebuah minoriti.  Ada kumpulan Kurdi lain dan senarai ini telah kami berkongsi dengan Rusia. YPG, telah membuat  500 ribu orang Kurdi Syria terpaksa meninggalkan rumah dan kampung-kampung mereka. oleh itu, tidak ada keraguan bahawa kumpulan ini organisasi pengganas. Diketahui siapa yang menggunakan organisasi ini di lapangan. " 



Berita Terkait