Presiden Erdoğan Tiba di Kuwait

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan berada di Kuwait sebagai jemputan Emir Kuwait Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah...

Presiden Erdoğan Tiba di Kuwait

Erdoğan disambut oleh Naib Pertama Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Kuwait Sheikh Sabah al-Khalid al-Hamad Al Sabah.

Hari ini, Erdoğan menerima Ketua Perhimpunan Nasional Marzuk Al Ghanim dan Perdana Menteri Sheikh Jaber al-Mübarel al-hamad as-Sabah secara berasingan.

Selepas itu, Presiden Erdoğan disambut oleh Emir Kuwait Sheikh as-Sabah di Bayan Palace dengan upacara rasmi.

Selepas upacara tersebut, Presiden Erdoğan melakukan pertemuan-pertemuan empat mata dengan Sheikh Sabah dan antar delegasi.

Selepas pertemuan-pertemuan tersebut, akan diadakan majlis penandatanganan perjanjian untuk perjanjian yang telah dirundingkan.

Presiden Erdoğan akan pergi ke Qatar selepas lawatannya di Kuwait.

Semasa lawatannya ke Kuwait, Presiden Erdoğan didampingi oleh Ketua Staf Jeneral Hulusi Akar, Menteri Kehakiman Abdulhamit Gül, Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Ekonomi Nihat Zeybekci, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Berat Albayrak, Menteri Pemuda dan Sukan Osman Aşkın Bak, Menteri Pangan, Pertanian dan Peternakan Ahmet Eşref Fakıbaba, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Numan Kurtulmuş, Menteri Kehutanan dan Hal Ehwal Air Veysel Eroğlu, Menteri Maritim dan Komunikasi Ahmet Arslan, Setiausaha Pertahanan Perisikan Nasional Hakan Fidan dan Setiausaha Presidensi İbrahim Kalın.



Berita Terkait