Erdoğan Bincangkan Yerusalem dengan Presiden Tunisia, Presiden Iran dan PM Malaysia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan telah melakukan pembicaraan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, dan Presiden Iran, Hassan Rouhani mengenai rencana Amerika Syarikat (AS).

Erdoğan Bincangkan Yerusalem dengan Presiden Tunisia, Presiden Iran dan PM Malaysia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan telah melakukan pembicaraan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi dan Presiden Iran Hassan Rouhani mengenai rencana Amerika Syarikat (AS) untuk mengakui Yerusalem sebagai ibu negara Israel.

Dalam perbincangan telefon tersebut, Erdoğan menyatakan bahawa aksi pengiktirafan Yerusalem sebagai ibu negara Israel, akan menunda proses perdamaian di Timur Tengah.

Menurut maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber kepresidenan, Erdoğan menegaskan bahawa sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat merupakan syarat penting untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Presiden Erdoğan yang mengingatkan bahawa keputusan Israel terhadap pengilhakan Yerusalem pada tahun 1980 telah ditolak oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau mengisyaratkan bahawa Yerusalem yang merupakan sebuah bandar suci bagi umat Muslim, juga merupakan masalah yang sangat sensitif bagi negara-negara Islam.

Dalam perbincangan itu, dinyatakan bahawa setiap inisiatif untuk mengubah status Yerusalem akan mendapat reaksi dari dunia Islam, dan akan menjejas secara negatif terhadap keamanan dan kestabilan.

Kepada para pemimpin negara, Presiden Erdoğan juga menyatakan bahawa beliau sebagai Ketua Term Pertubuhan Kerjasama Islam, akan menganjurkan Sidang Kemuncak Islam Luar Biasa di Istanbul pada 13 Disember.



Berita Terkait