Lawatan Rasmi Erdoğan di Greece

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan yang sedang berada di Greece untuk lawatan rasmi, berkata bahawa masih terdapat beberapa hal yang masih belum difahami mengenai Perjanjian Lausanne (1923).

Lawatan Rasmi Erdoğan di Greece

Erdoğan membuat kenyataan bersama dengan rakan sejawatannya dari Greece, Prokopis Pavlopulo.

Erdoğan yang menegaskan bahawa masih terdapat beberapa hal yang masih belum difahami mengenai Perjanjian Lausanne yang ditandatangani pada tahun 1923 oleh Republik Turki, United Kingdom, Perancis, Itali, Jepun, Greece, Romania, Bulgaria, Portugal, Belgium dan Yugoslavia berikutan Perang Kemerdekaan, beliau memberikan contoh bahawa umat Islam di Thrace Barat masih tidak dapat memilih kepala mufti.

Erdoğan berkata,

''Bagaimana kita boleh mengatakan bahawa Perjanjian Lausanne telah diterapkan. Berarti Lausanne tidak diterapkan.'' katanya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa pendapatan nasional per kapita Greece adalah sekitar 18 ribu dolar dan pendapatan purata per kapita penduduk Thrace Barat sekitar 2 ribu 200 dolar.

Erdoğan, 

''Pada titik pelaburan, langkah yang perlu diambil, sokongan yang diperlukan tidak diberikan kepada orang-orang Turki di Thrace Barat, disana ada diskriminasi. Di Turki anda tidak akan boleh melihat penerapan saya yang seperti ini kepada warga Greek. Anda tidak akan melihat diskriminasi sekecil apapun, tetapi di Thrace Barat, penulisan kalimat Turki pun tidak mungkin diterima.'' ungkapnya.

Erdoğan yang menyatakan bahawa mengemaskini perjanjian dalam undang-undang politik adalah sebuah syarat, beliau mengatakan bahawa banyak contoh-contoh seperti ini di dunia.



Berita Terkait