Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 15 Disember 2017

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Yeni Şafak: ''Eksport sedang mengejar rekod''

Perdana Menteri Binali Yıldırım berkata dalam ucapannya di Majlis Pekerjaan yang diadakan di Beştepe bahawa dalam satu tahun terakhir, mereka telah mempekerjakan 1.5 juta orang, sedangkan angka pertumbuhan suku ketiga adalah sebuah rekod dunia. Menekankan bahawa tahun 2017 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian, Yıldırım berkata ''bahawa skenario pesimis tinggal ditangan penulisnya sendiri. Harapan menang, masa depan menang, Turki menang. Eksport kami meningkat dari $ 36 bilion menjadi $ 155 bilion. Jangan terkejut jika tahun ini eksport melebihi semua tempoh. Sementara negara-negara lain bangkrut, Turki terus tumbuh dan bersinar bagai bintang." katanya.

 

Akhbar Haber Türk: ''İbrahim Kalın: Keputusan mengenai Yerusalem akan berlanjut''

Jurucakap Presiden İbrahim Kalın menyatakan bahawa resolusi Yerusalem Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan berkesinambungan, dan jumlah negara yang mengiktiraf Palestin akan meningkat. Kalın menekankan bahawa banyak negara, termasuk Turki, sebenarnya telah mengakui Yerusalem Timur sebagai ibukota negara Palestina setakat ini. ''Konsul Jeneral kita di sana bekerja seperti kedutaan. Adalah penting untuk mendapatkan kerasmian. Di masa depan penting dari segi menentukan sempadan Palestin dan menjadi sokongan yang kuat ". ungkapnya.

 

Akhbar Hürriyet: "Putin: Turki yang paling merasakan sakit terdalam dari krisis di Syria''

Presiden Rusia Vladimir Putin membuat ucapan panjang pada sidang akhbar ahir tahun yang diadakan setiap tahun. Dalam ucapannya, yang menjawab soalan mengenai krisis di Syria sejak 2011, Putin menjawab, "Turki yang paling merasakan sakit menegnai masalah ini, kerana Turki menerima banyak pendatang Syria." Putin berkata masyarakat antarabangsa harus bekerjasama untuk menyelesaikan krisis di Syria.
 

Akhabr Vatan: "Peningkatan pendapatan dalam industriI berlangsung selama 4 bulan''

Indeks perolehan industri meningkat 4.1 peratus pada bulan Oktober berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dan 31.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Sementara itu, indeks terus meningkat pada bulan keempat. Apabila sub-sektor industri diperiksa; Pada bulan Oktober, indeks sektor perlombongan dan penggalian meningkat sebanyak 5.3 peratus dan indeks sektor industri pembuatan meningkat 4 peratus berbanding bulan sebelumnya.



Berita Terkait