Turki Hantar Hospital Mudah Alih ke Kem Pelarian Arakan di Bangladesh

Hospital mudah alih itu tiba di kem pelarian di Bangladesh untuk memenuhi keperluan kesihatan Muslim Arakan.

Turki Hantar Hospital Mudah Alih ke Kem Pelarian Arakan di Bangladesh

Hospital mudah alih milik Kementrian Kesihatan Turki yang dihantar ke kem pelarian di Bangladesh untuk memenuhi keperluan kesihatan Muslim Arakan, telah tiba di rantau itu.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Pejabat Staf Umum Tentera Turki, sebuah hospital mudah alih jenis iklim berat yang dihantar ke kem-kem di Bangladesh untuk memenuhi keperluan kesihatan umat Islam Rohingya yang harus meninggalkan Myanmar dan berlindung di Bangladesh kerana krisis kemanusiaan, telah dihantar dengan pesawat pengangkut A400-M milik Tentera Udara Turki.

Pasukan yang terdiri daripada 10 orang yang akan menubuhkan hospital mudah alih ini, telah tiba di kem pelarian di Bangladesh.



Berita Terkait