• Video Galeri

Emine Erdoğan Menjemput Isteri Presiden Perancis ke Turki

Isteri Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, menjemput Isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron, ke Turki.

Emine Erdoğan Menjemput Isteri Presiden Perancis ke Turki

Semasa mendampingi Presiden Erdoğan dalam lawatannya ke Perancis, Emine Erdoğan bertemu dengan Isteri Presiden Perancis Emmanuel Macron, Brigitte Macron di Elysee Palace.

Dalam pertemuan tersebut mereka bertukar pandangan mengenai para pelarian dan pendidikan.

Emine Erdoğan menceritakan tentang dasar Republik Turki yang percaya akan pentingnya negara sosial, beliau memberi contoh perbandaran terkait dengan panti jompo yang menyediakan perkhidmatan kepada orang-orang tua.

Dalam pertemuan itu juga isu Muslim Rohingnya menjadi agenda. Macron berterima kasih kepada Emine Erdoğan yang telah melakukan lawatan ke Myanmar.

Emine Erdoğan, menjemput Isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron, ke Turki.



Berita Terkait