Angkatan Tentera Turki Musnahkan 8 Sasaran Pengganas di Iraq Utara

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Ketua Staf Umum, sasaran-sasaran milik organisasi pengganas separatis di Iraq terus terjejas.

Angkatan Tentera Turki Musnahkan 8 Sasaran Pengganas di Iraq Utara

Dalam operasi udara yang dilancarkan di Iraq Utara, Angkatan Bersenjata Turki (TSK) memusnahkan lapan sasaran yang digunakan pengganas sebagai tempat perlindungan, tempat penampungan dan senjata.

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Ketua Staf Umum, sasaran-sasaran milik organisasi pengganas separatis di Iraq terus terjejas.

Dalam konteks ini, operasi udara telah dianjurkan hari ini ke atas ahli-ahli organisasi pengganas separatis yang didapati sedang bersedia untuk menyerang kawasan pangkalan dan balai polis juga sarana kemudahan penemuan dan pengawasan di wilayah-wilayah Sinath-Haftan, Metina, Gara, Avashin dan Basyan di Iraq utara.

Dalam operasi itu, 8 sasaran yang digunakan oleh organisasi pengganas separatis sebagai tempat perlindungan, tempat penampungan dan kedudukan senjata telah dimusnahkan.

Pesawat-pesawat yang berpartisipasi dalam operasi itu kembali ke pangkalan dengan selamat.

TSK, kemarin juga menganjurkan operasi udara ke atas ahli pertubuhan pengganas yang sedang bersedia melancarkan serangan di Sinath-Haftanin, Iraq utara. 16 sasaran yang digunakan sebagai tempat perlindungan, tempat penampungan dan senjata, telah dimusnahkan.



Berita Terkait