Erdoğan dan Raja Salman Bahas Syria Melalui Perbualan Telefon

Presiden Erdoğan dan Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz Al Suud, mengadakan perbualan telefon.

Erdoğan dan Raja Salman Bahas Syria Melalui Perbualan Telefon

Menurut maklumat yang diperoleh dari sumber Kepresidenan, hubungan dua hala dan isu Syria telah dibincangkan dalam pertemuan itu.

Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkongsi maklumat mengenai Operation Olive Branch yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Turki ke atas unsur-unsur pengganas di wilayah Afrin, Syria.

Presiden Erdoğan dan Raja Salman menegaskan bahawa meningkatkan kerjasama dan usaha bersama dalam hal ini akan berguna bagi integriti wilayah dan penyelesaian politik Syria.

Presiden Erdoğan dan Raja Salman mengesahkan lagi komitmen mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Turki dan Arab Saudi.

Dalam perbualan tersebut, juga menyinggung kunjungan PM Binali Yıldırım ke Arab Saudi pada bulan Disember yang sangat berkesan.

Presiden Erdoğan dan Raja Salman juga menyatakan bahawa lawatan yang akan dilakukan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman ke Turki pada masa yang akan datang, memiliki kepentingan tersendiri bagi isu dua hala dan serantau.



Berita Terkait