UAV Bayraktar Merekam Gambar Para Pengganas di Afrin

UAV Bayraktar yang mengintai dan mengambil gambar markas tempat pengganas bersembunyi selepas melancarkan serangan, diterbangkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) dengan ketepatan penuh.

Semasa Operation Olive Branch yang dimulakan pada 20 Januari ke atas pertubuhan pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh di wilayah Afrin, Syria, serangan-serangan pengganas yang ditujukan ke Turki dan telah menyebabkan kematian orang awam, terekam oleh kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Dalam gambar yang diambil di Cinderes diseberang Hatay, para pengganas menempatkan kenderaan berpeluru yang diarahkan ke wilayah Turki dan kemudian mengatur penembakan.

Para pengganas berpakaian awam yang berada diantara rumah-rumah, selepas menembakkan peluru dengan mempertimbangkan sasaran, dengan cepat meninggalkan kawasan dimana mereka berada.

Para pengganas yang diintai oleh UAV langkah demi langkah, selepas beberapa masa tiba ke markas milik PKK/KCK/PYD-YPG.

Terlihat juga ada pengganas lain disini.

Satu butiran terperinci yang menjadi perhatian dalam imej itu adalah ahli-ahli pertubuhan pengganas membakar tayar agar UAV tidak boleh mengambil gambar markas tersebut dan untuk menutup sudut pandang.

UAV Bayraktar yang mengintai dan mengambil gambar markas tempat pengganas bersembunyi selepas melancarkan serangan, diterbangkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) dengan ketepatan penuh.

Berita Terkait