Erdoğan: ''Tiada Negara Selain Turki yang Menjanjikan Masa Depan untuk Rakyat Syria''

Erdoğan menegaskan bahawa dalam Operasi Olive Branch yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) di Afrin, setakat ini telah meneutralkan 4 ribu 163 pengganas PKK/PYD-YPG dan Daesh.

Erdoğan: ''Tiada Negara Selain Turki yang Menjanjikan Masa Depan untuk Rakyat Syria''

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan berkata bahawa tiada negara lain selain Turki yang menjanjikan masa depan kepada penduduk Syria.

Dalam ucapannya pada sebuah kongres Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) di Istanbul, Erdoğan menegaskan bahawa dalam Operasi Olive Branch yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) di Afrin, setakat ini telah meneutralkan 4 ribu 163 pengganas PKK/PYD-YPG dan Daesh.

''Kami sedang berjuang menghadapi organisasi-organisasi pengganas dengan keputusan yang sama. Pada masa ini, bilangan pengganas ahli organisasi pengganas Fetullahist (FETÖ) yang didatangkan dari luar negara adalah 80. Pengkhianat PKK dan FETÖ sedang diadili'' Kata Erdoğan.

Menegaskan bahawa Free Syrian Army (FSA) bersama TSK juga sedang berjuang melawan pengganas di Syria, Erdoğan berkata:

''Kami membalikkan permainan-permainan yang dimainkan di rantau kami''. Tiada negara selain Turki yang menjanjikan masa depan kepada rakyat Syria. Kita perlu mewujudkan kawasan selamat di Syria dan membolehkan pelarian pulang ke rumah mereka." katanya.
 



Berita Terkait