Turki Menyambut Baik Perjumpaan Bersejarah Antara Para Pemimpin AS dengan Korea Utara

Turki akan terus menyokong usaha-usaha yang bertujuan untuk kestabilan dan keamanan di Semenanjung Korea

Turki Menyambut Baik Perjumpaan Bersejarah Antara Para Pemimpin AS dengan Korea Utara

Turki menyambut baik Deklarasi Bersama yang dikeluarkan para pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat Demokratik Korea, serta perjanjian yang dicapai untuk pembinaan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea.

Dalam satu kenyataan bertulis dari Kementrian Luar Turki terkait pertemuan Presiden AS Donald Trump dengan Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Singapura, ditegaskan bahawa Turki menyambut baik Deklarasi Bersama yang dikeluarkan para pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat Demokratik Korea di Singapura hari ini, serta kesepakatan yang dicapai dalam isu-isu pembinaan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea, penubuhan hubungan baru antara AS dengan Korea Utara dan penghapusan senjata nuklear di Semenanjung.

''Selepas para pemimpin Korea Selatan dan Utara bersetuju mengenai perdamaian menyeluruh pada bulan April, kali ini peluang bersejarah yang terbentuk oleh kehendak politik yang ditunjukkan oleh para pemimpin AS dengan Korea Utara, langkah-langkah positif berkekalan yang akan diambil, akan mempunyai kepentingan dari segi keamanan serantau dan dunia. Turki yang mempunyai hubungan sejarah dengan Korea, akan terus menyokong usaha-usaha yang bertujuan untuk kestabilan dan keamanan di Semenanjung Korea.'' kata kenyataan Kementrian Luar Turki.



Berita Terkait