Yayasan Agama Turki Edarkan Bantuan ke Limpoa yang Belum Pernah Mendapat Bantuan Sebelum Ini

Yayasan Agama Turki (TDV, Türkiye Diyanet Vakfı), memberikan bantuan makanan dan alat-alat kebersihan kepada penduduk Limpoa yang belum pernah menerima bantuan kemanusiaan sebelum ini.

Yayasan Agama Turki Edarkan Bantuan ke Limpoa yang Belum Pernah Mendapat Bantuan Sebelum Ini

Yayasan Agama Turki (TDV, Türkiye Diyanet Vakfı), memberikan bantuan makanan dan alat-alat kebersihan kepada penduduk Limpoa yang belum pernah menerima bantuan kemanusiaan sebelum ini.

Pakar Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa TDV, Abdullah Uçak, mengatakan bahawa mereka telah menyampaikan bantuan makanan yang boleh mencukupi selama satu bulan, kepada 1.040 keluarga di wilayah Limpoa, (wilayah yang belum pernah mendapatkan bantuan selepas bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Pulau Sulawesi, Indonesia, pada 28 September).

Menyampaikan bahawa pada permulaan, bantuan-bantuan tersebut adalah terdiri daripada bahan makanan ruji seperti beras, minyak goreng, teh dan gula, Abdullah Uçak berkata bahawa mereka juga telah mengedarkan pakej kebersihan seperti detergen, sabun, lampin dan berus gigi kepada mereka yang terjejas bencana gempa bumi dan tsunami.

Abdullah Uçak yang menyatakan bahawa pada hari keempat selepas berlaku bencana tersebut, mereka bersama salah seorang pakar bantuan antarabangsa TDV, Selahattin Karabostan, tiba di wilayah tersebut, dan ia berkata bahawa selepas kajian analisis dilakukan, operasi segera dimulakan.

Di Pulau Sulawesi, di utara negara itu, berlaku gempa yang menurut data Lembaga Siasatan Jeologi Amerika Syarikat (USGS) berukuran 7,5 magnitud di 27 kilometer Rantau Palu pada hari Jumaat

Sumber tempatan mengumumkan bahawa gempa bumi berukuran 7.4.

Selepas gempa bumi, bandar Donggala dan Palu dihantam oleh gelombang tsunami yang mencapai ketinggian 3 hingga 6 meter.

Pada akhir bulan Julai dan pada bulan Ogos, di Pulau Lombok di Indonesia berlaku gempa bumi 6.3, 6.9 dan 7 magnitud, gegaran-gegaran ini telah menjejaskan lebih daripada 450.000 orang dan menewaskan 563 orang.

Di Indonesia yang terletak dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi yang disebut ‘’Lingkaran Api Pasifik’’, pada 26 Disember 2004 dilanda gempa bumi 9,1 magnitud yang disertai oleh tsunami, 230.000 orang kehilangan nyawa pada masa itu.

 



Berita Terkait