Menteri Kewangan Turki, Albayrak, Membagikan Bantuan di Indonesia

Dalam satu perkongsian pada akaun Twitter Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılayı), terlihat Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak membagikan pakej-pakej bantuan Kızılayı.

Menteri Kewangan Turki, Albayrak, Membagikan Bantuan di Indonesia

Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Turki, Berat Albayrak, bersama Kızılay (Bulan Sabit Merah Turki) , menyediakan bantuan makanan kepada mangsa gempa bumi di Indonesia, yang mengalami masa yang sukar disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami.

Lembaga-lembaga bantuan awam non-kerajaan Turki yang pergi ke kawasan gempa bumi selepas gempa bumi 7,5 magnitud dan tsunami yang berlaku di Pulau Sulawesi, Indonesia, menyampaikan bantuan-bantuan seperti makanan panas, bahan makanan dan alat kebersihan kepada beribu-ribu mangsa gempa bumi.

Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak, yang pergi ke rantau ini juga telah memberikan bantuan makanan kepada mangsa bencana bersama Kızılay.

Dalam satu perkongsian pada akaun Twitter Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılayı), terlihat Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak membagikan pakej-pakej bantuan Kızılayı.

Setakat ini, 2 ribu 45 orang meninggal dunia dan 10 ribu 679 orang cedera dalam bencana gempa bumi yang berlaku di Indonesia pada 28 September. Dilaporkan bahawa 671 orang masih hilang.

Dikatakan bahawa selepas gempa bumi, sekitar 70 ribu bangunan telah musnah dan 82 ribu orang memerlukan pertolongan.



Berita Terkait