Resipi Masakan Turki (Sup Lentil Merah)

Sup merupakan salah satu makanan yang paling penting di dapur Turki.

Resipi Masakan Turki (Sup Lentil Merah)

 

Sup merupakan salah satu makanan yang paling penting di dapur Turki. Dari masa lalu hingga kini, sup adalah salah satu hidangan yang paling digemari oleh rakyat bahkan juga para petinggi negara. Sup dalam budaya yang berbeza, biasanya dihidangkan pada waktu makan petang atau makan tengahari, juga boleh dimakan setiap masa. Memakan sup semasa sarapan pagi juga merupakan tingkah laku yang biasa di kalangan orang Turki. Jika dibandingkan dengan negara lain, sup di Turki sangat berbeza dengan pelbagai cara pembuatan, bentuk dan kandungannya. Sebagai contoh, di Barat, sup biasanya mempunyai struktur yang sangat likat dan mempunyai konsistensi berair. Sedangkan dalam masakan Turki, terdapat banyak jenis sup, yang berair atau likat, dengan atau tanpa butiran, yang dimakan sejuk atau panas. Tetapi ada satu diantaranya yang sama sekali berbeza. Ia adalah; Sup lentil merah atau dalam Bahasa Turki adalah ‘’Kırmızı Mercimek Çorbası’’. Sup lentil merah ini kerap dimasak di rumah-rumah, ia juga selalu tersedia di hampir setiap restoran, juga boleh dibilang sebagai sup yang paling banyak dikonsumsi di Turki. Hari ini kita akan memberi anda resipi sup, yang lazat, berkhasiat dan sangat mudah dibuat ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sup lentil merah adalah ;

• 1, 5 cawan lentil merah

• 1 sudu mentega

• 1 sudu tomato pes

• 1 bawang besar yang dicincang kecil

• 1/2 sudu teh lada merah

• 1/2 sudu teh lada hitam

• 1 sudu teh garam

• 6 cawan kaldu atau air

 

 

Cara membuat sup;

Basuh lentil dengan teliti dengan banyak air sehingga air berwarna putih keruh hilang. Kemudian masak bawang dalam minyak selama beberapa minit. Kemudian masukkan pes dan masak bersama selama beberapa minit lagi. Kemudian teruskan proses menumis dengan menambah lentil. Selepas dua minit, tambahkan air kaldu daging atau air panas biasa. Tambahkan perasa dengan garam, lada dan lada merah, masak pada api sederhana selama kira-kira setengah jam sehingga lentil lembut. Selepas semua matang, haluskan dengan menggunakan penapisan atau menggunakan blender tangan. Sup anda kini sudah sedia untuk dimakan!

Selamat menikmati hidangan anda!

 

Dalam program Resipi Masakan Turki, hari ini kami telah memberikan anda resipi "sup lentil merah’’. Sampai jumpa dengan risipi masakan Turki yang lain.

 

 



Berita Terkait